BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

::chuyacitucanacini::

My Photo
surianiamin
>>saya adalh seorg perempuan<< >>menjadi seorg yg berjaya dalam hidup serta dapat membhagiakan kluarga itulah mtlamat saya<< sekian terima kasih
View my complete profile

Tuesday, June 4, 2013


Wanita adalah ibu, isteri, kakak dan juga adik. Seperti yang kita ketahui Wanita seringkali dianggap kaum yang lemah dalam kehidupan bermasyarakat kini.tetapi adakah kita tahu bahawasanya wanita juga penting dalam membangunkan negara kita dan mampu membuat sesuatu yg dapat mengharumkan nama baik negara. Pernahkah anda mendengar ‘tangan yang menghayun buaian d menggegarkan dunia’seperti yang sering dinyanyikan oleh kumpulan nasyid tanah air kita. Tetapi adakah benar seperti yang dikatakan,setiap kata kata perlu lah ada buktinya. Di sini akan saya singkapkan satu per satu peranan wanita terhadap dunia globalisasi kini.

Tahukah anda semakin maju dunia itu semakin beratlah tanggung jawab kita,disebabkan itu pelbagai cabaran yang harus dihadapi oleh kaum wanita dan membuatkan kaum wanita kini berfikiran lebih terbuka dan sedia menghadapi cabaran demi untuk meneruskan hidup demi kemajuan bersama. Banyak pendedahan mengenai kejayaan dan kehebatan wanita yg dapat kita lihat di kaca tv,majalah mahupun di laman sesawang. Tahukah anda kejayaan kaum wanita kini telah mendapat perhatian ramai pihak,mereka menyedari bahawa wanita bukan sahaja stakat  menjadi suri rumah tangga,menjaga anak dan pakai minum suami bahkan telah banyak membantu perkembagan ekonomi negara secara tidak langsung menerusi aspek mental dan fizikal. Seperti yg kita ketahui setiap wanita mempunyai kehebatan dan kpakaran masing masing, negara dapat menggunakan segala kemahiran wanita demi untuk kemajuan negara. Ini telah dapat kita lihat dengan jelas terbukti apabila seorang surirumah juga mampu memainkan peranan dalam merealisasikan pembangunan sesebuah keluarga, institusi dan seterusnya negara. Bermulanya tugas dalam mendidk anak anak dan membesarkan mreka agar menjadi seorang yang berguna pada masa hadapan. Secara tidak langsung, kejayaan mendidik anak-anak dapat menghasilkan satu kelompok masyarakat yang lebih berjaya dan berwawasan di masa akan datang. disebabkan itu lah Pendidikan awal yang bermula di rumah amat penting krana ibu lah yg brtanggung jawab dalam mendidik anak anak menjadi insan yg berguna kepada agama,bngsa dan ngara. Bukan itu sahaja malahan Wanita kini juga telah banyak menyumbang dalam sosio ekonomi negara,mereka menggunakn Segala kemahiran dan kepakaran yang ada untuk menambh pendapatan keluarga. Antaranya kepakaran memasak, menggubah, menjahit dan segala macam kepakaran diserapkan dalam aktiviti ekonomi. Antara aktiviti yang dijalankan adalah seperti menubuhkan persatuan untuk menjalankan perniagaan katering, andaman dan juga barangan perhiasan. Aktiviti ini banyak membantu wanita dan masyarakat setempat dalam menjana pendapatan keluarga kerana ia terbukti dapat membuahkan hasil lebih besar dengan pasaran yang lebih meluas. Dengan adanya hubungan baik yg trjalin diantra mreka dlm sbuah prstuan atau pun organisasi akn menghdupkan suasana masyarakt yg hdup brsatu padu untuk mencapai kejayaan brsama.

Bukan itu sahaja bahkan ada juga indivdu yg tlah brjaya menerajui perniagaan sendiri berasaskan kemahiran yg mereka ada. Kesan daripada kejayaan oleh kaum wanita ini telah mendorong kaum lelaki untuk bekerjasama dgan wanita sterusnya mencapai kejayaan brsama. Seperti yg kita tahu di dalam arus dunia yg serba moden kini sgala peralatan yg digunakn juga adalah cnggih. Wanita juga turut Tidak ketinggalan untk turut serta juga di dalam arus pertanian dan penternakan moden, wanita turut sama memerah keringat dalam mengusahakan tanah dan juga ternakkan dmi meningkat kan ekonomi negara. Lumrah bagi seorang wanita tidak pernah lelah mcari ilmu,bahkan sentiasa brusaha mempelajari pelbagai ilmu untuk kemudahan masa hadapan. Seperti yg tlah kita sedia maklum kerajaan telah memberi kemudahan dengan adanya pertubuhan berkaitan seperti Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) dan Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP). Bukan itu sahaja malahan, jabatan pertanian juga menubuhkan Kumpulan Pengembangan Wanita (KPW) yang akan membantu wanita untuk lebih berjaya.

Sebagai seorang wanita pastinya kita merasa bangga dan dihargai apabila kita diterima dalam bidang ini,semua ini dapat dilihat melalui Anugerah usahawan yang telah dimiliki oleh kaum wanita. Seperti yang kita lihat wanita masa kini semakin bergerak aktif didalam persatuan, disitu mereka didedahkan dengan pelbagai ilmu pengetahuan seperti contoh pertubuhan "NGO". Dengan adanya persatuan yang sedemikian,pihak kerajaan telah banyak membantu dengan memperuntukkan wang untuk kemudahan aktiviti. Antaranya ialah program pembangunan kapasiti wanita seperti seperti I-Kit di seluruh negara, program Kraf Kreatif dan Jejari Bestari yang dijalankan di kawasan parlimen dengan kerjasama Majlis Pembangunan Wanita dan Keluarga. Aktiviti-aktiviti seperti ini telah menarik minat wanita untuk bersama-sama melibatkan diri sekaligus menjana pendapatan. Kumpulan wanita ini juga sangat rajin dan tekun, menjadikan mereka sasaran utama dalam industri kilang di mana secara tidak langsung telah menyumbang pada perkembangan ekonomi negara. Keupayaan wanita dalam pekerjaan seumpama ini, berperanan meningkatkan proses perindustrian dan permodenan negara. Pendekata, tanpa ‘feminisme buruh’ tidak mungkin sektor industri ini dapat diperkembangkan. Peningkatan teknologi juga membolehkan pengeluaran kilang menjadi lebih berkualiti dan menjamin permintaan yang tinggi di pasaran. Dengan adanya teknologi maklumat kini banyak membantu wanita dalam mencari ilmu. Bahkan dengan adanya teknologi kini wanita boleh bekerja dari rumah sahaja, sebagai contoh menggunakan laman sosial untuk menjual barang menerusi "online shop", jadi para wanita tidak perlu berasa risau mengenai keluarga.

Wanita kini semakin berminat menambahkan ilmu pengetahuan dalam segala bidang, sekaligus menjadikan mereka wanita yang berilmu tinggi. Segala ilmu dan pengetahuan yang ada menjadikan wanita serba boleh dalam melaksanakan sesuatu misi atau tugasan yang mendorong kepada sesuatu kemajuan. Wanita kini juga telah banyak mencurahkan tenaga dalam aspek keselamatan negara di mana semakin ramai wanita menyertai pasukan tentera dan polis. Tidak terkecuali juga penyertaan wanita dalam pasukan RELA dan juga badan sukarela. Keupayaan mereka dalam pasukan ini juga standing dengan kaum lelaki dan malah sesama bergandingan untuk menjaga keamanan dan keselamatan negara tercinta. Ada juga tugasan yang memerlukan khidmat wanita sahaja.

Secara keseluruhannya, jelas sekali penglibatan wanita amat penting dalam kemajuan sesuatu organisasi. Segala ciri-ciri yang dinyatakan begitu mencerminkan peranan hebat wanita dalam sebuah kemajuan. Cogankata ‘wanita pemangkin ekonomi negara ’ mengingatkan kita tentang peranan besar wanita dalam kemajuan negara. Ternyata, untuk menjadi negara maju dan hebat, khidmat dan usaha wanita tetap diperlukan. Terima kasih wanita.

0 comments: